Menu

Friday, February 3, 2012

Membina Matlamat

  1.     Matlamat jitu merupakan asas yakni kompas untuk menjanakan sebuah kejayaan.Ia merupakan tunjang kepada pendorong,agar anda tidak kenal erti putus apatah lagi rasa kecewa dan jauh sekali daripada sifat malas berusaha.
  2.     Kejayaan dan kesenangan hidup akan tercapai dengan satu moto "KEBERANIAN bersama USAHA GIGIH" Itulah diantara pegangan hidup seorang insan biasa tetapi minda dan sikap luarbiasa yang bernama PAUL GETTY,seorang billionaire minyak di USA.Menurutnya untuk mencapai kejayaan,anda perlu melakukan DUA perkara utama:
    PERTAMA: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR.KEDUA     :  MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN . 
  3. Sebelum mengecapi KEJAYAAN,beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amat-amat mencabar.Tetapi WAWASAN nya yang besar serta semangat keberanian pada optimum merupakan pemacu utama beliau mencipta sebuah kejayaan dirinya.Beliau tidak pernah putus asa dan rasa kecewa dihati malahan segala lemparan negatif kepadanya menambahkan kekentalan semangat berjuang demi mencapai sebuah kejayaan.Sikap dan sifat ini wajar di contohi.
  4.    Mencari telaga minyak bukanlah suatu perkara yang mudah seperti membina sebuah perigi.Ini keranaianya melibatkan usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi dan semangat jitu.Pada masa itu,teknologi pencarian dan penggalian minyak masih agak primitif.Namun semangat beliau ternyata membara sukar dipadamkan.Apatah lagi keberanian luarbiasa,usaha luarbiasa dan keyakinan 100% pada dirinya maka beliau mengecapi KEJAYAAN BESAR pada insan biasa yang bernama PAUL GETTY dalam bidang perniagaan.
  5. Beliau telah memperluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak dari negara-negara Timur Tengah.Melebarkan perniagaanya dari segi geografi juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat beliau yang berani.
       Kesimpulannya:
           1.Kejayaan tidak akan tercapai  jika anda hanya mengharapkan nasib. 
           2.Demi mencapai kejayaan,matlamat kita mestilah jelas,berani mencapainya dengan  usaha    yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa.

No comments:

Post a Comment